Prakata

" SAYA BERADA DI SINI KERANA 
SAYA WARGA SMKA MAAHAD MUAR "

Blog Sekretariat (Adhoc) Alumni SMKA Maahad Muar

Assalamualaikum ...

"Blog ini bukan blog rasmi Alumni SMKA Maahad Muar.
Blog ini ada merupakan blog adhoc Alumni SMKA Maahad Muar.
Blog ini disediakan oleh kalangan kumpulan bekas pelajar SMKA Maahad Muar yang bermula dari tahun 1977 dengan tujuan untuk memberi input kepada gerakan alumni agar sentiasa berkembang dan terbina dengan laras yang cemerlang."


Pertama sekali, kami ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kumpulan bekas pelajar yang telah dengan jayanya menubuhkan Alumni SMKA Maahad Muar. Bagaimanapun adalah dirasakan bahawa penyertaan dan penglibatan kumpulan bekas pelajar senior khasnya dari tahun 1977 (batch pertama Tingkatan Satu), 1978, 1979, 1980, 1981 (batch pertama Tingkatan Empat bermula batch 1978), 1982 dan tidak lupa kepada kumpulan pelajar 1987 (batch pertama Tingkatan Enam bermula batch 1982), adalah penting kerana kumpulan-kumpulan pelajar tersebut merupakan teras perkembangan SMKA Maahad Muar dari peringkat awal.

Kumpulan pelajar yang dinyatakan di atas mempunyai banyak kenangan dan tinta sejarah yang boleh dikongsi oleh kumpulan bekas pelajar terkemudian juga oleh kumpulan pelajar yang masih bersekolah di SMKA Maahad Muar. 

Blog ini ...

Blog ini adalah satu inisiatif dalam memberi input untuk mengemaskinikan Alumni SMKA Maahad Muar.

Antara usaha yang telah di laksanakan ialah menjejaki kumpulan bekas pelajar batch terawal iaitu dari kumpulan pelajar tingkatan satu 1977, 1978, 1979, 1980,1981 dan 1982 juda seterusnya.

Hasil dari penyelidikan ringkas melalui internet, FACEBOOK didapati telah menjadi sidang redaksi bekas-bekas pelajar SMKA Maahad Muar. Oleh itu, kita akan mengekalkan keadaan ini buat sementara waktu sehingga satu lamanweb rasmi Alumni SMKA Maahad Muar diwujudkan dan adalah diharapkan lamanweb tersebut bakal menjadi medan redaksi untuk semua warga SMKA Maahad Muar dari kalangan Guru dan Bekas Guru, Kakitangan dan Bekas Kakitangan juga Pelajar dan Bekas Pelajar.

GROUP mengikut TAHUN TINGKATAN DI SMKA MAAHAD MUAR telah diwujudkan di FACEBOOK, bertujuan untuk mengumpulkan kumpulan pelajar mengikut kumpulan masing-masing. Kerjasama yang telah diberikan oleh rakan-rakan bekas pelajar sangat menggalakkan dan diharapkan kerjasama ini berterusan. Syabbas!

Terima kasih

Sila Lihat Senarai Group X-MAAHAD MUAR di Facebook


~ dikemaskini pada 20-Mei-2010 ~