Fungsi Group FB

Pada hari ini (26-April-2010), SMKA Maahad Muar telah mencecah usia 33 tahun sejak ditubuhkan pada tahun 1977. Dengan itu juga sebanyak 33 kumpulan pelajar telah mendaftar mengikut turutan tahun dan apabila telah terpisah sekian lama, kita kadang-kadang keliru dan tidak dapat mengenal pasti rakan sekelas dan rakan setingkatan lebih-lebih lagi apabila kita diberikan "kurang ingatan" dan ditambah pula oleh perubahan fizikal rakan-rakan yang kita pernah kenal satu masa dahulu.

Penulis mendaftar di SMKA Maahad Muar pada tahun 1978 dan meninggalkan sekolah pada tahun 1983 selepas SPM 1982. Selepas 28 tahun, dan apabila terserempak dengan rakan-rakan pelajar dari kumpulan yang hanya 1 atau 2 tahun mendaftar selepas beliau pada 3hb April 2010 yang lalu, jelas sekali sukar mengenal pasti siapa dan bila. Siapa dan bila adalah bukti yang penting untuk mengingati sesuatu sejarah.

Oleh itu, Group FB diwujudkan mengikut TAHUN TINGKATAN di SMKA Maahad Muar dengan tujuan agar anda dapat melihat kembali wajah rakan-rakan sekelas dan setingkatan pada tahun berkenaan. Ia juga dapat membantu kumpulan-kumpulan pelajar dari tahun yang berlainan utk mengenal pasti siapa rakan tersebut.

Penetapan Baru Telah Dimaklumkan - Klik Disini